Sunday 8 July 2012

RUMAH BUKAN IDAMAN


Apakah perasaan anda apabila rumah yang anda idamkan tidak menjadi kenyataan dan hancur setelah beberapa ketika mendiaminya.Sebelum beli, bermacam-macam hamburan kebaikan diberikan dengan  yakin.Rumah yang dibeli bukanya murah, nak habiskan hutang mahu makan 30 tahun.



rumah retak menanti runtuh



 Bila mahu mintak ganti rugi daripada pemaju, bermacam-macam alasan diberi untuk mengelakkan  daripada rugi yang sedikit.Janji diberikan untuk memperbaiki kerosakkan tetapi hasinya tetap sama, yang berubah hanyalah keadaan rumah semakin rosak.

mozek yang digali  di dalam rumah terdapat tanah mendap


bahagian dalam rumah retak dan pecah



Syarikat bertaraf ISO, tetapi hasil kerja yang tidak bermutu, menyusahkan pembeli.Sampai bila nak hidup macam ni.Mengapa bina rumah di atas kawasan paya dan tanah yang masih belum stabil lagi tanahnya, terus dibina rumah.Inilah kalau mahu mengejar keuntungan.Rumah pada asal murah , dijual mahal tahun demi tahun sedangkan hakikat kualiti macam orang bina khemah yang boleh roboh pada bila-bila masa sahaja.Ada orang di dalam syarikat berkata rumah  tersebut boleh lagi didiami dan masih selamat.Orang tidak berakal saja yang sanggup duduk walaupun tahu kerangkanya sudah tidak stabil.Berani ke orang yang bercakap hal itu tadi duduk di situ bersama keluarga? lena ke tidurnya jika setiap malam dengar bunyi rekahan binaan? Pandai tapi bodoh.


WAHAI SYARIKAT DI ATAS, APA DAH JADI NI??!!!







No comments:

Post a Comment