Sunday 13 January 2013

Boleh Berpolitik Di Dalam Sekolah???

Schools made to involve BN leaders in RM100 handout


Tidak lama lagi Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013 akan diagihkan kepada semua murid yang terlibat.Kemungkinan sudah ada sekolah yang telah melaksanakannya.Terima kasih kepada kerajaan kerana sudi membantu.

Tetapi yang kurang enak didengar , bantuan tersebut dimasukkan unsur politik di dalam sekolah sedangkan umum ketahui , politik tidak boleh berada di mana-mana  di dalam kawasan sekolah.Adakah ini sebahagian strategi untuk memancing undi?

Schools made to involve BN leaders in RM100 handout
Yang menjadi tandatanya , hanya parti BN sahaja yang boleh beri bantuan tersebut walaupun di dalam negeri atau kawasan pembangkang.Seharusnya perlu bersikap neutral, iaitu jika mahu beri adalah lebih baik gunakan Kementerian Kebajikan Masyarakat atau Kementerian Pelajaran Malaysia.Rakyat boleh menilai pemberian daripada siapa tanpa diselitkan kepartian.Jangan ada politik di sekolah kerana menjejaskan perjalanan intitusi tersebut.


P/s: Kerajaan sekarang memang berjasa tetapi kaedah kekadang tu seolah-olah kurang tepat..PM dan TPM kene jawab isu ini supaya jelas..
sekadar pandangan dan pendapat saja.

kredit: yahoo and Malaysiakini