Mula- mula melihat logo dan tema hari kemerdekaan ke 55, ada satu perasaan yang tak kena.Pertama , kenapa logo ni selekeh benar berbanding logo-logo 3 atau 4 tahun sebelumnyasebelum najib memerintah.Apakan tidaknya , dikatakan menggunakan teknik adope photoshop tetapi bila dilihat macam benda " cut and paste" , asanya budak sekolah rendah pun boleh buat lagi baik daripada itu.secara keseluruhannya nampak berserabut.Perkataan Janji ditepati pula ada pro dan ada kontranya. yang pronya adalah, banyak janji kerajaan BN mula dipenuhi.Yang kontranya adalah janji tersebut datang kebanyakannya semasa masuk pasaran PRU 13.Selepas itu mula luput sedikit demi sedikit.
keputusan akhbar Sinar Harian dalam undian isu tema hari kebangsaan jelas menunjukkan rakyat tidak bersetuju tema Janji Ditepati digunakan di mana rakyat yang bersetuju tukar tema sebanyak 86% dan tidak setuju tukar 14%.Dari sudut pandangan, sememangnya kurang sesuai tema tersebut digunakan kerana ianya merujuk kepada kerajaan BN saja, sedangkan pembangkang juga ada menjalankan tanggugjawab walaupun tidak seheboh kerajaan.Kita semua menjalankan janji, untuk kemajuan negara, dan sepatutnya semua orang merasai kemerdekaan tanpa ada perasaan berat sebelah.
sokonglah mereka selagi benar dan sebaliknya kerana kita perlu bijak memilih.
p/s: Janji kepada rakyat ditepati, bagaimana pula janji kepada ALLAH? 1Malaysia pun kalo boleh buanglah...pendapat semata-mata.



No comments:
Post a Comment