Monday 28 May 2012

DI SEBALIK LADY GAGA

Ramai yang cukup teruja apabila penyanyi yang mendendangkan lagu Poker Face dan Bad Romance serta mempunyai peminat di seluruh dunia iaitu Lady Gaga sedang membuat konsert di seluruh Asia termasuk di Indonesia.Sehinggakan ada yang hilang akal memuja penyanyi tersebut dan mengangkatnya sebagai ikon hiburan yang boleh di jadikan ikutan.
Umat Islam di Indonesia Menentang Lady Gaga
Di indonesia yang mempunyai majoritinya adalah beragama Islam tidak terlepas daripada fenomena tersebut, tetapi tidak bagi Ulama di sana yang menetang kehadiranya yang dianggap sebagai membawa imej kotor selain daripada imej seksi yang melampau.Ada diantara suara-suara peminat dan artis mempertikaikan Ulama Indonesia berat sebelah tentang pemakaian Lady Gaga di mana artis dangdut mereka sama juga seksi dan berjoget tetapi tidak dikritik oleh ulama dan ektremis agama.


Lady gaga memberi pose mata satu bererti Dajjal


















Namun pertikaian tentang pakaian yang disuarakan adalah hanyalah aspek luaran.Tetapi ada disebalik simbol-simbol tersembunyi yang cuba di bawa oleh Lady Gaga (L) iniTterdapat rencana yang ditulis oleh Ir. Supani yang merupakan aktivis Muslimah Hizbut  di dalam akhbar Republika .Beliau menggariskan 10 perkara kenapa Lady Gaga wajar dihalang persembahannya.



1)  Lady Gaga digambarkan sebagai robot Illuminati dengan memakai aksesori setiap kali membuat persembahan dengan penampilan secara vulgar memperlihatkan lambang kelompok Yahudi  yang mempunyai hubungan erat dengan pergerakkan Freemason.

2) Penyayi ini dianggap sebagai ratu iblis liberal  memuja syaitan . Ini dapat disaksikan di dalam video klip Alejandro yang menggambarkan Lady Gaga bersatu dengan  tuhan. 

3) Di anggap  sebagai penyebar gaya hidup lesbian yang boleh disaksikan di dalam lagu Born This Way.

4)  Sebagai  ikon pornografi di mana banyak melakukan persembahan-persembahan lucah yang mengghairahkan penonton disamping pakaian yang sangat memalukan bagi kelompok umat islam.

5) menganjurkan sikap boros dengan membeli tiket dengan harga mahal sedangkan wang terebut boleh disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

6) Lady Gaga memperjuangkan kehidupan seks bebas di mana tidak terikat dengan perkahwinan yang dianggapnya boleh menghancurkan karier seninya jika berkahwin.

7)  Menghina semua agama kerana sebelum memulakan persembahan , Lady Gaga akan memulakan ritual di mana akan  menggunakan darah sebagai pemujaan.

8) menggunakan  khidmat paranormal bagi tujuan menghalang roh-roh jahat daripada menggangu konsertnya.Ini jelas amalan syirik yang bertentangan dengan Islam.

9) Lady gaga menghina kaum hawa dengan menganggap kaum ini tidak lebih sekadar Objek seks semata-mata.Kerana itulah beliau sering memakai pakaian yang menojlok mata setiap kali membuat persembahan.

10) Sebagai perosak moral manusia di mana bercita-cita ingin menghasilkan  minyak wangi daripada darah dan sperma manusia.


Selepas meneliti alasan yang diberi, ada kewajaran mengapa konsert ini mesti dihalang dan ditentang kerana akan mempengaruhi peminat terutama  yang beragama islam.Dengan membenarkan budaya hedonisme dalam seni bukanlah satu perkara yang baik bagi semua.Banyak yang negatif daripada positifnya daripada konsert ini.

Thursday 17 May 2012

Mencari Yang Halal



mencari yang halal itu adalah satu kewajipan.Tapi kita sering mengaitkan halal tu dengan makanan saja iatu tidak makan babi ataupun arak.Bila makanan dihidangkan , kita selalu bertanya sama ada pada tuan rumha yang bukan islam  atau dalam hati sendiri , makanan ni halal ker? ada babi ker? ada arak ker? tapi kita jarang bertanya kat kedai mamak 24/7 tu samaada masakannya halal ke tak. kita jarang melihat sijil-sijil halal samaada ada atau tidak atau pun diiktiraf atau tidak oleh Jabatan Agama Islam. Yang penting  ,bila perut sudah lapar, mesti kena isi walaupun kita tahu di kedai amamk tu banyak yang bukan agama islam dan ada diantara memasak di tempat yang kotor.Sebagai contoh, membasuh ayam dengan air yang sama dan di tepi-tepi longkang.ada kalanya ada anjing di sebelah yang sama menunggu saki-baki ayam yang di proses.Ayam itu sendiri kekadang mendatangkan kemusyiklan.Adakah ianya disembelih dengan sempurna dari tempat persembelihan? Kita hanya memainkan isu Halal pada mulut sahaja tapi kita tak mendalami dengan sebetulnya.

KASUT PRODUK BABI MEMPUNYAI TITIK TIGA

samalah juga di kopitiam, sudahlah tiada sijil halal, periuk belanga pun boleh dipertikaikan.Adakah kita sedar jika 100% bahan  itu sememangnya halal, bagaimana dengan alatan yang digunakan? jika ianya dicampuradukkan penggunaannya, mna datang halalnya? dan mungkin kita boleh rasa daging yang dimasak dengan membezakan fizikal haiwan atau warna dagingnya,tetapi macam mana pula jika dicampurkan dengan bahan arak, walaupun sesudu diletakkan ianya tetap tidak halal hingga kita makan tanpa menyedarinya.
LOGO HALAL SAH DAN TIDAK DIBENARKAN

halal bukan sahaja pada makanan, tetapi barang-barang pakaian juga perlu di ambil berat.Banyak kes yang dijumpai seperti kasut yang menggunakan kulit babi, sehingga kita tak perasan sebab kita tak betul-betul teliti dalam pemilihan.Bukan itu saja, malahan banyak contoh lain yang menjadi akhir sekali kebanyakan cerita yang didengar , orang yang ambil rasuah, memakai pakaian tak cukup benang,meneguk air setan dan lain -lain lagi, jarang bertanya pasal soal halal haram, tetapi bila bab makanan, tanpa segan silu bertanya " adakah makanan ini halal?".Di mana halalnya kehdupan seharian kita.Moga kita fikirkan bersama.

Monday 14 May 2012

Terima Kasih Cikgu

Setiap tahun pada 16 Mei, sambutan hari guru menjadi salah satu hari penting bagi guru-guru kerana mereka diraikan oleh murid-murid mahupun ibubapa yang enghargai jasa guru. Pelbagai hadiah diberi kepada guru tanda terima kasih, tapi bagi guru itu semua tidak sepenting masa depan mereka.Cukuplah rasanya gururasa dihormati dan disayangi.


berbeza pada zaman dulu, segelintir pelajar atau murid sudah kurang rasa hormat terhadap guru mereka sehingga pada satu tahap memukul dan menyerang guru, tidak cukup di sekolah, di luar mereka sanggup menginiaya guru mereka sendiri yang memberi ilmu.berbeza pada zaman dulu, rotan dan berdiri di atas kerusi, ketuk ketampi dan lain-lain lagi jenis denda adalah perkara biasa jika melakukan kesalahan.Tetapi tidak pada zaman teknologi, pelajar-pelajar dilindung oleh ibubapa dan masyarakat, persatuan hak asasi, dan silap-silap ke mahkamah.Dengan ada perlindungan ini, susah bagi guru membentuk sahsiah pelajar menjadi insan yang berkhlak mulia.Maka terjadilah bermacam-macam gejala sosial yang semakin menghancurkan agama dan bangsa.Bukan mencari kesalahan ibubapa atau masyarakat , tetapi kita perlu mencari jalan keluar dalam masalah ini. Ibubpa harus bekerjasama dengan guru dalam pendidikan pelajar bukan menghentam bila ada masalah termasuk mempergunakan PIBG ssebagai medan menghamburkan setiap kesalahan kepada guru.

                                                  LAGU GURU MALAYSIA

Justeru itu tanggunjawab guru di sekolah sebagimana yang diarhkan, ibubapa dan masyarakat pula perlu memainkan peranan sama penting semoga anak-anak terus cemerlang di dunia dan akhirat.
sempena hari guru ini, saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang pernah mengajar dan kepada guru di seluruh Malaysia. TERIMA KASIH CIKGU!!

Sunday 13 May 2012

Freemanson Di Malaysia

Sekarang ini , kebanyakan masyarakat telah mengamalkan Freemanson tanpa kita sedari.Di Malaysia terdapat banyak simbol-simbol  Freemanson yang selalu kita nampak  tetapi kita tidak ketahui.



selain daripada itu, daripada hujung rambut hingga hujung kaki pun kita telah menggunakan produk-produk yang berasaskan daripada syarikat-syarikat mereka seperti di bawah ini:

tetapi hakikatnya kita sukar untuk mengelakkan kerana mereka ini telah menguasai dunia dari awal lagi, dan atas kelemahan Islam, mereka berjaya menakluki secara halus peradaban kita yang semakin terhakis.Moga suatu hari kita berjaya menentang mereka dengan bersatu di dalam islam.

antara berdiet dan bersenam

Puas diet, senam tapi tak kurus?

SUDAH cuba pelbagai cara untuk kurus tetapi tidak berhasil? Sudah puas bersenam, berpuasa, mengurangkan kalori malah menggunakan teknik laser dan sedut lemak, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan?
Jika segala usaha terbabit tidak memberikan sebarang hasil, maknanya anda berhadapan dengan situasi obesiti degil.
Apabila seseorang dilanda obesiti degil dia selalunya mengalami sindrom montel yang menyebabkan wajah seseorang itu berubah menjadi montel.
Wajah yang comel akan menjadi bulat dan kembang. Dada yang bidang juga turut kembang dan hilang bentuk. Malah sesetengahnya mengalami gynecomastia iaitu pembesaran buah dada tidak terkawal. Buah dada membesar dan melendut tanpa kolagen menyebabkan ia hilang rupa bentuk asal.
Sindrom montel juga menjadikan pinggang seseorang membesar dan ukur lilit belakang meningkat. Kalau diamati bentuk tubuh seseorang tampak seperti lelaki apabila terkena sindrom montel.
Seseorang yang menghidap sindrom montel sering merasakan dirinya tertekan kerana wajah jadi tidak cantik akibat pengumpulan lemak sekeliling muka dan dagu berlapis.
Mereka menyangka perubahan wajah itu boleh di atasi dengan penggunaan mekap yang tebal atau kosmetik yang mahal.
Sebab itu golongan ini sering menjadi mangsa keadaan kerana terpengaruh untuk membeli pelbagai barangan kosmetik demi mengubah penampilan supaya kembali cantik.
Bagi pengamal perubatan estetik, Dr. Rushmini Maris Ismail, beliau sering berhadapan dengan golongan sindrom montel yang datang untuk mendapatkan rawatan wajah.
Apabila ditanya mengapa mereka menitikberatkan kulit muka tetapi membiarkan tubuh kekal gempal, jawapan yang diberikan ialah kecewa kerana segala usaha dan kerja keras untuk menguruskan badan tidak berhasil. Pada mereka itu adalah satu takdir yang menyedihkan.
Anggapan itu salah kerana sindrom montel boleh diatasi dengan terapi bagi membetulkan semula gangguan hormon dan enzim dalam tubuh.
Ia memerlukan rawatan yang lebih daripada sekadar menjaga menjaga makan, minum dan senaman.
Rawatannya memerlukan peningkatan dalam enzim dan metabolik. Bagi memahami bagaimana sindrom montel terjadi sila fahami analogi ini. Seseorang yang mempunyai masalah kencing manis misalnya disebabkan tidak mampu memecahkan gula.
Maka gula akan kekal sebagai gula dalam darah. Seseorang yang mengalami gout misalnya tidak mampu memecahkan protein maka protein akan menjadi asid urik dalam darahnya.
Sindrom montel pula di sebabkan oleh seseorang itu tidak mampu memecahkan lemak kepada tenaga. Justeru, ia merupakan satu penyakit.
Ia boleh dikategorikan sama seperti penyakit metabolik yang lain seperti kencing manis dan gout kerana ia memerlukan rawatan dan perubahan gaya hidup yang spesifik.
Seseorang yang obes merasa letih lesu dan kurang bermaya. Dia juga mudah marah, gelisah dan berasa rendah diri.
Mood mereka kerap berubah-rubah di sebabkan turun naik paras hormon metabolik. Apabila paras hormon meningkat, mereka berasa tenang dan gembira. Tetapi apabila paras hormon merosot pula mereka merasa murung dan gelisah.
Mereka ini turut mengalami masalah perubahan pada nada dan kotak suara.
Jika dahulu suara mereka halus dan merdu kini nada suara menjadi rendah. Seorang sahabat yang dulunya gemar menyanyi kini tidak mahu lagi menyumbangkan suara di majlis keramaian.
Sindrom montel telah meragut kebolehannya menyanyi.
Seorang lagi sahabat diganggu oleh pertumbuhan bulu roma yang menyerupai janggut dan misai.
Sindrom montel menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita sindrom ini juga juga kerap kencing.
Setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar.
Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat dari hadirnya hormon testosterone yang berlebihan.
Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom montel adalah perlahan. Ini menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat.
Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri.
Masalah gatal gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu malam bagi pengidap sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil. Kerap kali mereka kehilangan bulu mata dan kening di mana kening menjadi nipis.
Salah satu penyelesaian bagi mengatasi sindrom ini ialah dengan pengambilan bahan protein semulajadi phospohotidyl serine.
Ia merupakan suplemen yang mampu mengurangkan hormon cortisol yang menjadi penyebab sindrom montel.
Phosphatidylserine ialah sejenis lemak yang di namakan phospholipid yang merupakan komponen dinding sel manusia. Otak terbina rata-ratanya dari kelompok ini.
Menurut Journal of The International Society of Sports Nutrition para penyelidik mengatakan phosphatidylserine membantu para ahli sukan supaya cepat segar selepas sesuatu pertandingan sukan lasak. Ia juga meningkatkan daya ingatan seseorang.
Suplemen lain yang berkesan ialah mineral magnesium, hromium dan selenium. Mineral seperti ini wujud dalam makanan seperti tiram, sayur hijau mentah dan cendawan.
Justeru adalah penting untuk mengambil makanan mentah seperti ulam bagi pengidap sindrom montel.
Rawatan obesiti bukan semata-mata mengurangkan makan dan bersenam. Apabila sudah obes, sel-sel lemak mengeluarkan banyak estrogen yang merosakkan hormon dalam tubuh membawa kepada sindrom montel. Ia memerlukan rawatan khusus.

Mencari jodoh cara islam

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
cari jodohJika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan, saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust. Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
“Begin with the end in mind”, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell..
“Aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku.”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama.. Nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.
Penyakit “Tidak Jelas”
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHUdan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable”.
Hanya ‘Beragama’?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.
doa pendekat jodoh
Ini adalah doa dan cara percepatkan jodoh. :)

Hari Ibu Haram


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Untung@rugi FGVHB

Dalam masa sebulan ini, saya telah mendengar pelbagai cerita tentang Felda Global Venture Holding  Berhad ( FGVHB ). Ada yang menyokong dan ada segelintir yang membantah termasuk ANAK dan parti pembangkang. Peneroka diberikan " Durian Runtuh " oleh  Perdana Menteri sebanyak RM 15,000 dimana ketua keluarga,isteri dan anak mendapat bahagian RM 5,000.Penyenaraian FGVHB ke bursa saham sebenarnya membantu peneroka-peneroka memperbaiki taraf kehidupan mereka dengan lebih baik berbanding dahulu.

Kebanyakan peneroka menyokong idea ini dan mendapat penjelasan dengan baik tentang matlamat penyenaraian tersebut.Tanah yang dicagarkan adalah milik Felda Plantation  bukan tanah peneroka.Tanah Felda Plantation ini adalah tanah kebun yang tidak mempunyai tuan (Peneroka) sejak sekian lama.Tanah milik peneroka tidak akan tergadai kerana geran tanah sememangnya dipegang oleh peneroka, jadinya bagaimana pula ia boleh tergadai.

Cuma yang ingin disampaikan di sini ialah, diharapkan pihak pengurusan Felda bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan terhadap peneroka felda yang majoritinya adalah warga emas dan kurang ilmu pengetahuan.Pihak Felda perlu memberi lebih banyak penerangan bukan sahaja kepada penroka, tetapi kepada generasi kedua.Mungkin PM tidak ada niat tersembunyi ,tetapi ditakuti ada dalang-dalang yang mempergunakan pegaruh untuk mengumpul harta di sebalik tabir.Seandainya saham menguntungkan ,akan memberi manfaat kepada semua warga felda, akan tetapi jika saham itu rugi, siapa pulak perlu menanggunya dan siapa yang akan membeli saham itu? adakah warga felda atau orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi?

Isu KPF juga perlu diselesaikan dengan cara yang baik.Kita harus mencari punca mengapa ada golongan felda membantah hasrat KPF untuk menyertai FGVHB dalam penyenaraian di bursa saham.Kebanyakannya tidak memahami atau telah dimanipulasi oleh pihak tertentu supaya terus membantah kerana tidak mendapat faedah.Namun begitu , kita sama-sama tunggu, setiap perkara ada yang baik-buruknya.Ini adalah sebahagian intergeriti kerajaan.

Kita dan Penakluk Dunia

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

sebelum saya "post" kan apa-apa juga cerita tentang kisah duniawi  , saya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang apa yang dah terjadi di dunia ini. Pelbagai kisah kita seing dengar, rusuhan, peperangan, rasuah dan lain-lain lagi bagi mencapai matlamat individu-individu yang sememangnya mahu perkara ini berlaku.


Duit RM 1

Dalam hal sebegini sudah tentu ada perancang dan BAPA SEGALA PERANCANGAN. Semuanya sudah mempunyai skrip dan jalan cerita, kita adalah sebagai pelakonnya yang tak tahu siapa pengarahnya.Kita ambil contoh, Adakah peperangan yang berlaku di dalam dunia tidak boleh dielakkan? sudah tentu jawapannya TIDAK. Tetapi yang menjadikan peperangan ini terus-menerus adalah kerana sudah ada pengarah (Perancang halus ) dalam menakluk dunia.Siapakah perancangnya? tidak lain adalah kuasa Fremanson dan Illuminati  yang kini sedang giat menguasai dunia sejak bermulanya Islam.Mereka ini adalah perancang yang hebat sehinggakan seolah-olah menjadi tuan kepada seluruh negara.Mereka sentiasa menyesatkan segala fakta dan membenarkan kepesongan menjadi ikutan diseluruh umat manusia.


                                                        Pusat Konvensyen Putrajaya
(Mata satu di atas bumbung)

Sebagai seorang Islam, kiat haruslah berwaspada di setiap tindak-tanduk kerana janganlah mudah terpesong, walaupun hakikatnya saya melihat kehidupan kita semakin ke arah kemudaratan. Anak-anak muda dengan masalah sosialnya, manakala orang-orang atasan dengan agenda politik termasuk kisah rasuahnya.Inilah yang mereka mahukan , supaya kita berpecah belah.Marilah kita berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah yang akan menjamin kehidupan setiap manusia di dunia dan akhirat. Sebagai sebuah negara Islam, undang-undang dan penguatkuasaan perlulah berlandaskan islam yang sebenarnya bukan sekadar pada nama sahaja.















Maskot OLIMPIK LONDON 2012
betemakan mata satu ( Dajjal )
















                                                                            ZION = ZIONIS

Semoga kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain, kita sepatunya bersatu dengan nama Islam bukan mengangkat sesuatu bangsa kerana islam menitikberatkan persaudaraan sesama islam.Apa gunanya banyak pertubuhan dan persatuan jika hanya ingin mengangkat pendirian m,asing-masing sedangkan dalam masa yang sama kita tidak bersatu.Kita fikirkan sejenak apa yang baik dan buruknya.
Ingatlah Freemanson dan Illuminati sudah bertapak di Malaysia dan ada pengaruhnya dikalangan orang besar dan ternama.