Wednesday 19 September 2012

Penghinaan Terhadap Islam Secara Senyap

sejak kebelakangan ini , Islam sering dihina dan diperkotak-katikkan  sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam .Para kafir ini sebenarnya melakukan provokasi dengan harapan imej Islam akan terus rosak dan dipandang serong.Betapa bangga apabila umat islam di malaysia bersama-sama menentang penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Islam yang diketuai ahli-ahli politik dan NGO.Cuma kita sering terlepas pandang , dalam menentang provokasi di luar, di dalam negara sendiri masih lagi ada pihak yang sengaja melakukan provokasi dan penghinaan secara senyap dan berselindung disebalik majlis tertentu.Adakah apa yang kita lihat ini bukan satu penghinaan terhadap negara yang diiktiraf sebagai negara Islam??



 
bukankah ini pun satu penghinaan terhadap Islam ? sama-sama kita fikirkan..........

Sunday 16 September 2012

Kontroversi Gangnam Style!!!!


GANGNAM STYLE | MAKSUD LAGU GANGNAM STYLE | LIRIK LAGU GANGNAM STYLE, banyak kita dengar akan kontroversi lagu GANGNAM STYLE ni dikaitkan dengan propaganda yahudi untuk menjatuhkan Islam. Bila tengok maksud lirik GANGNAM STYLE yang aku dapat di sini tiada pula unsur-unsur seperti yang dimaksudkan. Namun pendapat dari Rose Vermin ini boleh membuka minda kita tentang gerak tari dan lagu yang menjadi kegilaan masyarakat kita khususnya umat islam hari ini. Berikut merupakan pandangan dan kajian beliau tentang GANGNAM STYLE ini.


"ok saya telah buat kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini. berikut adalah summary berkenaan dengan apa yang saya dapat.

1. gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.

6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.

8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.

9. Ada yang setelah tonton videoklip psy masih rasa tidak ada apa-apa posisi seks (kelucahan) pun yang diaksikan. kalau dah PSY sendiri cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita itu dengan tarian kudanya yang semua orang faham relate to "menunggang perempuan" dengan siap dalam satu aksi video klip tu jelas-jelas dia buat aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari, dengan ditonjolkan lagi zoom in punggung perempuan, dengan ditunjuk lagi aksi perempuan "menari tiang" dalam tren, semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam. dia sungguh-sungguh menari untuk tonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah sorang laki menari "getar pinggang" dalam lif yang jelas2 disepakati merupakan aksi simbol lucah seks. saya pun dah tak tahu nak cakap apa lagi kalau orang yang tengok klip video psy tu tapi tak faham dia tengah gambarkan kelucahan yang jijik oleh golongan mewah gangnam. nak cakap ape lagi ntah lah

10. Ada orang minta jangan dikutuk sesiapa yang memparodikan aksi tarian kuda psy. Kita pun tak kutuk sesiapa, tapi kita semua mesti bersepakat, aksi meniru videoklip psy itu adalah terkutuk dari sudut pandang akhlak islamiyah. ada orang mem fwd kan tulisan Hilal Asyraf seperti berikut:

"Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.

Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni da'ie(penyeru)lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu cerita lain.

Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara teguran yang baik."

Padahal mereka tak baca soalan-soalan awal Hilal Asyraf dalam status yang sama:

"Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun, mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu juga dengan style-style yang lain.

Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Memang Hilal Asyraf tak menghukum, tapi dia tinggalkan soalan untuk para pemuja gangnam style menghukum diri mereka sendiri! baca ulang-ulang soalan Hilal Asyraf di atas sekali lagi:

" Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan?"

baca 50 kali kalau masih belum tangkap soalan sinis dan perli versi lembut Hilal Asyraf ini. Adakah para pemuja gangnam style boleh menjawab soalan Hilal Asyraf di atas? Atau akhirnya terpaksa menelan juga "hukuman lembut" dari Hilal Asyraf pada jawapan seterusnya:

"Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Baca 50 kali bahagian "rendah akhlak", "buang sopan", "hilang indah peribadi muslim/muslimah" itu semua hukuman-hukuman padat dari Hilal Asyraf. Lembut dan bergaya cara sinis dan perli sebegini. Tahniah kerana anda tak tahu diri anda diperli dan dihukum secara indirect oleh Hilal Asyraf.

Kesimpulannya, direct atau indirect, semua perilaku tak berakhlak terpaksa menelan jua hukuman hodoh di dunia atau di akhirat selagi tak bertaubat dan insaf.

11. Ada orang komen bahawa maksud lirik lagu psy boleh bermesej islamik. itu satu dusta, kerana keseluruhan lagu psy mengisahkan lelaki dan perempuan gangnam yang konon sopan, bijak dan elit akan berkelakuan liar apabila tibanya waktu malam. itu sebenarnya simbol kepada nighlife yang mengandungi pelbagai parti untuk lelaki dan perempuan bercampur, bersosial dan berseronok.

merujuk kepada cubaan mengislamikkan mesej seperti berikut:
gadis yang sopan tp aktif bila masa yg perlu,
gadis yg membuka aurat pada masa yg perlu,
gadis yg menutup aurat lebih molek dpd gadis yg xtutup aurat,
gadis yg lebih kurang mcm tu

padahal mesej asal:

Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja

A girl who looks quiet but who gets down when she gets down
A girl who lets her hair loose when she feels it's the right time
A girl who keeps covered but is sexier than girls who expose it all
A sensual girl like that

sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. Apa itu masa sesuai di mana mereka akan loose/melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat kemas sopan), akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba? maka rujuklah rangkap yang awal:

Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja

A girl who is warm and human by day
A classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
A girl whose heart heats up by night
A girl with that kind of twist

inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya di atas, di mana dalam perenggan pertama ini memperkenalkan perempuan yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit), tapi bila tibanya waktu malam terus twist jadi liar!

dan bukti lirik ini hanya menguatkan hujah saya lagi sebelum ini bahawa psy cuba menggambarkan imej playboy dalam videoklipnya, dan background story pasal gangnam juga menunjukkan memang gangnam terkenal dengan nightlife warga elit yang liar berparti, bersosial dan berseronok di kelab-kelab malam yang bersepah di sana. semua ini jelas membuktikan psy cuba menggambarkan lifestyle tak senonoh, tak berakhlak dan erotik seks dalam aksi videoklipnya. semua pemuja tarian kuda psy hanya memperbodohkan diri tanpa sedar kerana melakonkan semula aksi playboy hodoh psy ke dalam video2 parodi mereka.

maka tepatlah ulasan UAI, "Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW". Memang video psy , background story, dan lirik lagunya jelas 100% mempromosi gaya hidup tak berakhlak. memalukan, bagi sesiapa yang mahu jadi sebahagian promoter aksi psy.sungguh!

12. Ada orang kata ini cuma viral phenomena yang nanti apabila sampai masa sudah basi, semua akan berhenti. jadi tak perlu kecoh dan biarkan saja ia nak tersebar seberapa luas. Hujah ini hanya sesuai untuk orang yang tak kasihkan umat yang melihat umat dirosakkan di depan mata tanpa ada apa-apa perasaan sedih. Pandanglah umat seperti nabi pandang umat. Nabi s.a.w tentu sedih melihat umat dilalaikan dengan merelakan diri berasa terhibur dan bergembira dengan cara bagaimana kaum lalai berhibur dan bergembira. Lihatlah bukti bahayanya fenomena ini hingga cikgu di sekolah pun tak pantau aktiviti murid sekolah rendah yang mempersembahkan tarian kuda psy. http://www.youtube.com/watch?v=bxVBPB58vQA inikah makna aidilfitri yang mahu ditanam dalam minda anak-anak kita? Bolehkah kita berdiam diri tanpa menegur dan hanya berpeluk tubuh menunggu saja fenomena ini berhenti sendiri, tapi dalam waktu menunggu hedonisme telah tertanam kemas dalam minda anak-anak?

13. orang kata hiburan sebelum gangnam style pun hedonisme juga. betul. kita bantah semua hedonisme. bila kita bantah gangnam style dipromosikan dalam kalangan umat, bukan bermakna kita hanya mahu hentikan gangnam style saja, kita bantah semua bentuk hedonisme, termasuk tarian zapin yang diaksikan bercampur lelaki-perempuan juga! dulu ada tarian shuffle, ketahuilah itu juga pengaruh hedonisme yang tak baik. seperti pengaruh lmfao bershuffle dalam party rock anthem yang bergenre electropop seperti gangnam style, juga liriknya bermesejkan parti sosial yang tak berakhlak:

"Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
We just wanna see ya shake that
Everyday I'm shufflin
'Shufflin', shufflin'"

14. Maka hentikanlah semua tasyabbuh budaya songsang walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan dan akhlak dalam berhibur dalam islam.

Rose Vermin"


Apapun bagi aku, walaubagaimana propaganda dan provokasi yang dilakukan oleh musuh-musuh islam kita sebagai umat islam wajib berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah insyaallah takkan sesat dunia dan akhirat. Selain berfikiran rasional dan lebih teliti untuk menerima budaya dan gaya yang diterapkan oleh "orang luar". Jangan terima membuta tuli..risau kita yang lebih terkinja-kinja daripada mereka.
Maksud lagu GANGNAM STYLE
Seorang gadis yang panas dan humanle pada siang hari
Seorang gadis bergaya yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang
Seorang gadis dengan jenis yang piuh
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang adalah seperti panas seperti anda pada siang hari
Seorang lelaki yang satu-tembakan kopinya sebelum ia juga menyejuk
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Seorang gadis yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia memainkan
Seorang gadis yang meletakkan rambutnya apabila masa yang sesuai datang
Seorang gadis yang meliputi dirinya tetapi adalah lebih seksi daripada seorang gadis yang bares semua
Seorang gadis sensable seperti itu
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia bermain
Seorang lelaki yang pergi sepenuhnya gila apabila datang masa yang sesuai
Seorang lelaki yang telah membonjol idea dan bukannya otot
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable

Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Anda tahu apa yang saya cakapkan
Oppa adalah gaya Gangnam
 
 
sumber: Harrazdani

Betapa Mereka Mengagungkan Penjajah

Lawatan putera diraja England diagung2kan oleh Pemimpin Negara seolah-olah Negara masih dijajah oleh British…


Lawatan ulama tersuhur dunia seperti Sheikh Yusof Al-Qaradhawi pun tak disambut sedemikian rupa…


Lantak la… itu yang depa mau… depa ada akal… depa buat pilihan samada nak ikut syaitan yang dikenali dari malaikat yang tidak dikenali.



Yang aku nak cakapkan kenapa tidak TEGAS dalam hal menutup AURAT bagi wanita semasa melawat masjid.




Queen Elezebeth sendiri menutup litup auratnya ngalahkan Rosmah Mansur yang masih kekalkan JAMBUL Kesayangannya.



Kemana menghilang semua juak2 HEBAT macam Hassan Ali, Ibrahi Mali dan suku sakatnya???


sumber: tenterasemut.blogspot.com


Pertukaran Parti Politik Panas Ibarat Jualbeli Pemain Bolasepak Eropah!!!


Hangggattttt!!!!
Nampaknya semakin ramai ahli politik kerajaan keluar dan menyertai Pakatan Rakyat.Jika benar kenyataan Tan Sri Menudin, KPI yang diwar-warkan hanyalah terpakai kepada orang bawahan sahaja.PRU 13 semakin menjelang , tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, kutuk-mengutuk semakin menjadi amalan.Semoga rakyat boleh bertindak bijak dan mengenal pemimpin yang hendak mereka pilih.

Gaji, Elaun DYMM Agong serta Ahli Politik

 mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni..



Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

sumber: kudinstory

POLIS: " More Delay, More Pay !!! "


Bermula  1 Mac 2011 PDRM telah mengemukakan saman baru kepada pesalah trafik.Contoh seperti di atas yang dipaparkan.Adakah ianya akan mengubah sikap pengguna jalanraya atau sebaliknya.bagi yang berduit , tidak menjadi masalah, tetapi kesian orang yang hanya" kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".Sudahlah tak mampu bayar , kalau lewat berganda-ganda pulak kena bayar bagaikan Ah Long  pulak caranya.Lagi satu , jika nak saman , rasanya tak perlulah nak menyorok ditepi jambatan, atas bukit atau di dalam semak-samun.Samanlah biar di depan mata bersama buktinya.Kadang-kadang pengguna tak tahu pun kena saman, tapi bila nak buat cukai jalan dan insurans, nama sudah kena " blacklist".Harap polis lebih bersifat mesra kepada pengguna jalanraya sesuai dengan mottonya.

P/S : Halal ker denda berlebihan jika bayar lambat??

Alan Roberts Dalang Innocence of Muslim ?


antara filem-filem lucah arahan Alan Roberts
Alan Roberts, lelaki yang mengarahkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan kemarahan di 20 negara termasuk di Malaysia, merupakan individu yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) bagi kerja-kerja menghasilkan filem kos rendah dan filem-filem lucah 'ringan' pada tahun 1970-an dan 1980-an.
Laporan New York Daily News, memetik portal gawker.com menyebut bahawa filem Innocence of Muslims, yang awalnya menggunakan nama Desert Warrior, menyenaraikan Roberts sebagai pengarahnya.
Menurut IMDB, Roberts, 65, yang tinggal di Santa Monica, California, pernah mengarahkan filem-filem berjudul The Happy Hooker Goes to Hollywood dan The Sexpert.
Laporan itu juga menyebut bahawa Roberts dibawa oleh seorang penerbit bernama Sam Bacile, yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakuola.
Nakoula kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan. Nakoula, yang menggunakan sekurang-kurangnya 10 nama, kini menjalani hukuman pemantauan selama lima atas kesalahan menipu bank pada 2009.
Gawker melaporkan pihaknya ada bercakap dengan barisan pelakon dan anggota krew serta kawan-kawannya yang mengesahkan Roberts, yang pernah mengarahkan Young Lady Chatterley, sebenarnya bertindak sebagai pengarah filem yang dinamakan semula sebagai Innocence of Muslims.
"Saya pasti dia Alan Roberts yang sama, saya masih ingat dia ada bercakap mengenai projek ini," kata penerbit filem, David A Prior kepada Gawker.
Menurut laporan itu, Nakoula dipercayai individu utama menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad. Filem itu ditayangkan di beberapa pawagam kecil di AS sejak tiga bulan lalu.
Treler 13 minit dimuat naik menerusi YouTube. Semalam, Malaysia mengumumkan bahawa akan meminta YouTube mengeluarkan treler filem itu dari pangkalan datanya.
Pelakon-pelakon filem mendakwa jalan cerita telah diubah selepas filem itu dihasilkan.
Bagaimanapun laporan Gawker tidak pasti bagaimana Roberts menyertai pasukan yang menghasilkan filem ini atau sama ada dia kenal "Bacile" sebelum penggambaran dijalankan di luar Los Angeles pada tahun lalu.
Laporan Gawker berkata, Roberts telah mematikan telefon sebaik sahaja protes tercetus sejak awal minggu lalu.
Los Angeles Times juga melaporkan bahawa Roberts kemungkinan menggunakan nama Robert Alan Brownell, lelaki berusia 65 tahun, dari Canyon Lake, Riverside County.”
sumber: sinar harian

Friday 14 September 2012

Sam Bacile memfitnah Nabi Bakal Menempah Maut


Kita telah dikejutkan dengan filem yang menghina Nabi Muhammad dengan menggambarkan Baginda sebagai kaki seks, pembunuh , perampas dan sebagainya  yang amat bertentangan dengan sifat peribadi mulia Baginda. Filem  berjudul " Innocence of Muslim " ini diarahkan oleh pengarah anti-islam bernama Sam Bacile yang dipercayai telah bersembunyi kerana takut dibunuh.


 
Filem Menempah Maut oleh Sam Bacile




 
 
Ini mengundang kemarahan umat islam diseluruh dunia dan natijahnya telah mengakibatkan duta Amerika telah mati terbunuh.  Rasanya bukan kali pertama umat islam dikejutkan dengan filem berunsur fitnah terhadap Nabi Muhammad dan Agama Islam, tetapi pihak yang tak bertanggungjawab secara sedar mencari jalan untuk menghancurkan dan memporak- perandakan agama islam.Namun sebenarnya Islam tak terkesan dengan tipu daya serta helah yang dirancang dengan begitu teliti secara sengaja mahu membangkitkan kemarahan umat Islam. Ini adalah sebahagian ujian kepada umat islam dengan diuji keimanan dan ketakwaan tentang apa yang berlaku.Sesungguhnya Allah  tetap bersama Islam hingga Kiamat.Mereka yamg memfitnah ini tidak akan dapat lari ke mana-mana  kerana Allah pasti akan membalasnya.Semoga kita sentiasa bersatu dengan tenang menentang Kafir-kafir yang ingin menghancurkan Agama Allah.