Saturday 30 June 2012

SIVIK KERAJAAN DAN RAKYAT

banyak isu timbul tentang sivik yang semakin kurang dikalangan rakyat atau kerajaan.

RAKYAT:
1) Tidak memprdulikan status Halal yang dikeluarkan JAKIM atau Majlis Agama Negeri, makanan yang dibeli asal sedap di mulut sahaja.

2) Tempat letak kereta berstatus OKU dijadikan tempat letak kereta persendirian tanpa pedulikan orang yang memerlukan.
3) Jejantas diminta untuk kemudahan , tetapi apabila sudah dibina , tidak mahu gunakan dengan alasan jauh dan tidak mahu naiki tangga.

4) Makanan ringan tidak boleh dimakan semasa sesi persekolahan atau tidak wajar menjual di perkarangan luar sekolah, tetapi ramai murid yang membeli  bahkan ibubapa turut serta  membelikanya, walhal tahu ianya kurang baik untuk murid serta kecoh bila pihak kantin menjual nasi lemak, apakah kewajaranya?
5) Tidak suka membuang sampah di kawasan rumah sendiri, tetapi suka membuang sampah yang telah diletakkan tanda amaran bertulis "DILARANG MEMBUANG SAMPAH , DENDA RM 300.
6)sentiasa silap tentang warna lampu isyarat, kuning adalh sedia berhenti bukan sedia memecut.Merah adalah sila berhenti bukan sila memecut.


KERAJAAN:

1) bagi tawaran kepada kontraktor  untuk perbaiki jalan, tapi bertahan hanya untuk 2-3 hari saja, esok lusa buka lagi tawaran, macam itu juga jadinya, apa ke halnya?




2) Menyuruh rakyat mempertabatkan Bahasa Melayu, tetapi kerajaan banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam pelbagai acara dan komunikasi.Laman web pun Bahasa Ingeris.Kini bahasa Inggeris diMelayukan atas alasan tiada kata sesuai, contoh: Parking jd parkir (letak kereta ) Final jd final (Pusingan Akhir), driver jadi Drebar (pemandu) , dan macam-macm lagi.Apa kes?

3)masalah birokrasi dikatakan dapat dikurangkan tetapi pergi saja hospital kena tunggu 2-3 jam.Nak mohon sesuatu kene tunggu berbulan-bulan.


Ini adalah sebahagian masalah sivik yang dianggap remeh, kita perlu perbetulkan.

Gambar ihsan daripada: jarisantai, gelakje

No comments:

Post a Comment