Tuesday 17 July 2012

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Bulan Ramadhan seperti dalam entri “Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan bulan Pembebasan dari api neraka” yang masih belum dilaksanakan. Janji ALLAH SWT setiap amalan sunat di bulan Ramadhan ganjarannya sama dengan amalan Fardu manakala setiap amalan Fardu ganjaran berlipat kali yang hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.
Semuga aku tidak menjadi manusia yang rugi kerana mengikut sabda Rasulullah SAW, “Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan“. Terlalu banyak ganjaran yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk hambanya di bulan Ramadhan cuma kita sering mengabaikan kerana semuanya abstrak. Seandainya semua ganjaran dalam bentuk wang ringgit pasti kita berkejaran untuk mendapatkannya.
Di akhirat kelak matawang yang diterima dan dipandang tinggi di sisi ALLAH SWT hanya pahala tidak Ringgit Malaysia, Rupiah Indonesia atau Dollar Amerika. Bulan Ramadhan ada saat yang paling sesuai untuk mengumpul Pahala sebanyak yang boleh sebagai bekalan di akhirat kelak yang perjalannya tiada noktah.
Ini adalah Muhasabah Ramadhan untuk diri aku sendiri yang selalu lalai dengan keindahan dunia yang sementara. Kita perlu memastikan Ramadhan 1433H milik kita.

disunting: denahati.com

No comments:

Post a Comment