Wednesday 1 May 2013

Rakyat Menentukan Nasib Mereka!!!!

 PANDANGAN PERIBADI :

Hanya tinggal 4 hari saja lagi  rakyat Malaysia menentukan tampuk pemerintahan baru samada kekal bersama BN atau berubah kepada  PR. Banyak isu-isu yang telah diketengahkan bagi meyakinkan rakyat tentang manifesto parti mereka. Kebanyakan manifesto yang diberikan boleh dierima oleh akal dan bersandarkan kepada logic. Namun ade juga isu-isu yang dinyatakan menjerumus kepada serangan secara individu.Serangan individu perlu dielakkan kerana akan mengundang salah anggap, , mengaibkan dan fitnah.
 
perkara-perkara yang disokong:
 
1) MANIFESTO : diterima tapi  mesti logic dan ditunaikan Bukan dihebahkan dimulut, di tv di akhbar di media maya. Terima kasih jika akan menunaikan atau telah ditunaikan.
 
 
2) HUDUD : perlu ada konsisten dalam mengadakan hokum ini, jangan hanya bercakap saja memperjuangkan Hudud tapi bermain tarik tali dengan sekutu dalam gabungan parti.Salah satu kegagalan hudud adalah tiada kesepakatan dan kesedaran diantara kelompok muslim samada di dalam BN atau PR. Sebab itu ada yang bukan islam boleh mempertikaikan dan menghina hukum Allah ini  tanpa bantahan daripada ahli muslim.Mereka lebih kelihatan memeperjuangkan Bangsa daripada agama.
 
 
Tidak sokong:
 
1) PERKARA AIB: semakin hari makin banyak hal-hal mengaibkan terutama hal peribadi.Sejauh mana kebenaran masih lagi belum ada kata putus.jika benar sekalipun, islam tidak membenarkan mengaibkan orang lain tidakm kira apa jua niat.Jika ingin kebenaran, islam sudah memberi garis panduan kepada umat islam untuk melaksanakan menerusi syariah,adakah kita yang menuduh sudah membawa kepada mahkamah syariah,? kita tidak boleh menghakimi sekadar melihat kepada gambar atau video.Kita memerlukan 4 orang saksi yang betul2 boleh dipercayai.Hukum di Negara kita juga jelas sesiapa yang menayangkan, memiliki, mengedar video atau gambar lucah perlu dihadapkan ke mahkamah.Lagipun dunia tanpa sepadan boleh diakses pelbagai peringkat, kesian generasi muda menonton tayangan tersebut dan terjerumus dalam mainan politik.Dan semestinya jika memang benar, si pelaku wajiblah bertaubat dan merasa malu apa yang diperjuangkan selama ini.
 
 
2) RASUAH DAN SELEWENG: hal ini memang tak boleh diselesaikan dalam masa setahun .Di mana-mana Negara ada hal ini. Tapi apabila kita mengamanahkan kepada pemerintah samaada peringkat negeri atau Negara, mereka perlulah menjalankan tugas tersebut dengan jujur.Jangan memanipulasi hak rakyat dengan sewenangnya.Kita perlu mengheret mereka kemuka pengadilan dengan bukti- bukti bukan sekadar sidang akhbar atau media maya.
 
 

 Rakyat kini kian bijak untuk memilih.Tak kira parti yang diundi, perlu diingatkan dan memberi amaran, kemudilah  Negara dengan penuh amanah. Tunaikanlah janji yang dilaungkan-laungkan.Rakyat lebih berkuasa dalam menentukan nasib sesebuah parti politik.Kita tak mau parti politik yang menjanjikan itu-ini apabila PRU dating tapi tidur berdengkur apabila rakyat memerlukan dalam waktu kesusahan.Jangan muka 24 jam di tv dan surat khabar  semasa kehangatan PRU tapi  hilang khabar apabila rakyat meminta sesuatu.Apa yang dijanji wajib ditunaikan, jika tidak , selamat tinggal PRU akan dating.Tunaikan kewajipan  Agama  berbanding Bangsa kerana jika agama diutamakan , sudah tentu apa-apa jua hal berkaitan dengan rakyat dan Negara dapat dijalankan dengan sempurna. Cukuplah memancing rakyat dengan hiburan melalaikan dengan tanpa batasan, isilah dengan roh yang membimbing generasi lebih baik akhlaknya.Semoga pilihanaya menjadi lebih sihat dan bertamadun.
 
P/S; Tidak percaya kepada parti politik utama Malaysia  MCA, MIC,DAP, dan tidak terlalu percaya  kepada UMNO,PKR , PAS.Percayakan sesiapa yang betul2 memperjuangkan Islam.Kita mengharapkan mereka untuk memimpin rakyat seperti saya untuk terus dirahmati oleh Allah.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment