Monday 18 March 2013

PRU 13 Mendebarkan

 
Tarikh untuk PRU 13 semakin mjenjadi tanda tanya.Pada mulanya dijangkakan pada bulan  Mac serta kemungkinan pada 19 Mac 2013 tetapi sebagaimana umum tahu kerajaan ada masalah dengan isu keselamatan, mungkin ianya akan ditunda pada bulan April.Apa yang pasti PRU13 akan diadakan sebelum parlimen terbubar dengan sendirinya kerana Kerajaan Pusat mempunyai mandat sehingga 28 April 2013 sahaja. Setakat ini ia akan terus menjadi tanda tanya.

pru13 terbaru

Siapakah rakyat akan pilih ? ianya pasti akan menjadi PRU13 lebh hebat serta mendebarkan kepada ahli politik dan rakyat yang menyokong komponen parti masing-masing.Bolehkah Pakatan Rakyat menguasai pilihanraya ini dengan berjaya atau BN akan mengekalkan tampuk pemerintahan.
Terdapat pelbagai analisis lisan dari mulut ke mulut yang memilih siapakah sebenar yang layak menerajui kerajaan.
 
Keseluruhannya mungkin dapat dirumus dan diterima  bahawa Barisan Nasional akan menang secara majoriti kerusi tetapi kebanyakannya menang tipis kepada pihak pembangkang.Pihak pembangkan mungkin mendapat beberapa kerusi BN dan ada yang terpaksa melepakannya. Pengundi belia lebih cenderung memilih pembangkang kerana kebanyakan suara belia kurang didengar walaupun kerajaan telah berusaha untuk memperbaikinya.Pengundi veteren dan golongan pekerja sektor awam akan terus memihak kepada kerajaan secara majoriti.
 
Siapa pun yang memerintah, jadikan rakyat sebagai sahabat yang sentiasa mendengar dan menerima teguran oleh rakyat bukan menambahkan poket di bawah dan atas.Rakyat pula harus bijak memilih supaya tidak menyesal dan rasa tertindas.

Gambar: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment