Sunday 10 March 2013

Pencerobohan Tentera Sulu Ibarat Sihir

 



Sehingga kini tentera penngganas Sulu masih belum menyerah diri walaupun ramai anggota mereka telah ditangkap dan terbunuh.Kedegilan mereka ini memang mengundang ketakutan serta kerisauan rakyat d negeri Sabah. Apa guna menumpahkan darah yang sia-sia walaupun tahu mereka tidak akan mendapat apa-apa.

 
 
 
 
 
Cara mereka menceroboh tak ubah seperti sihir yang menyerang mangsa secara sembunyi yang tidak diketaui oleh mangsanya.Sihir menyebabkan mangsa merasa kesakitan dan lagi parah boleh membawa maut jika tidak diubati.Setiap sihir mempunyai dalang yang sanggup menjatuhkan orang lain demi kepentingan sendiri.Mereka menceroboh satu kawasan hingga menyebabkan kematian pihak keselamatan negara dan akhirnya memakan diri sendiri.Dan begitulah sihir dihantar kepada seseorang, tetapi memakan diri sendiri kerana apa yang dihantar dipulangkan kepada pensihir kerana apa yang disihir berjaya diubati.
 
 
 
Sesungguhnya pencerobohan dan sihir itu tidak menguntungkan dan sememangnya salah dalam islam. Dan sebagai seorang islam , hanya iman saja dapat membendung kejahatan yang ada dalam diri mereka sendiri.



No comments:

Post a Comment