Wednesday 29 August 2012

Erti Janji ditepati Sebangsa Senegara Sejiwa

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN!!!!
Hanya tinggal beberapa hari lagi rakayat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke 55.Parti kerajaan dan pembangkang menyambut dengan tema tersendiri. Ini seakan melambangkaan tiada perpaduan apabila hari kemerdekaan diheret kekancah politik.Rakyat pun  menjadi serba salah sebab tak semua rakyat dalam negeri pembangkang suka dengan tema pembangkang dan begitulah juga dengan rakyat yang duduk dalam negeri ditakluki BN.
 
Mereka ni tak ambil sikap proaktif dengan  memilih tema dan logo yang dipilih oleh rakyat sendiri .Sebenarnya sangat mudah untuk tidak berbalah dengan perkara tersebut iaitu dengan mengadakan pertandingan mencipta logo dan tema.Ramai rakyat Malaysia berbakat dalam rekaan grafik, tapi seperti dinafikan hak mereka.Apabila politik sudah menular, apa yang rakyat rasa tak sesuai tidak diambil peduli, maka jawapannya ada yang menolak hingga mengundang rasa muak dan benci walaupun ade sebilangannya  yang menerima .
 
Tapi apa yang penting ialah bukan tema atau logo, tapi memahami erti kemerdekaan yang sebenar.Apalah semua ini jika rakyat Malaysia  masih lagi ditakuk lama dan masih dijajahi minda mereka dengan pelbagai gejala sosial dan wabak yang semakin menular.Adakah muda-mudi memahami erti tersebut? yang menjadi kebiasaan pada mereka, hari kemerdekaan adalah hari bersuka ria dengan memenuhi ruangan konsert-konsert , pergaulan bebas dan melihat bunga api dan diakhiri di hotel bajet hingga  ada yang melahirkan "anak merdeka" yang tidak berbapa.
 
MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!MERDEKA!!!
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment