Tuesday 30 July 2013

Asyiknye Mamat Kopet hina Islam !!!




Selepas si  Alvin dan Vivian menjadi artis porno...mereka tambahkan kemarahan umat islam dengan makanan babinya....memang bodoh....tapi malangnya mereka nie dibebaskan...sape yang lagi  bodoh???



ini terjadi lagi satu hal yang membangkitkan kemarahan umat islam!!!!

lihat video di bawah nie...

 
mohon tangkap si bangsat nie...sumbat dalam jel...jangan kasi lepas..kalo tak..memang berderet lagi yang jadi pengikut si bangsat nie..nasib bak kat Malaysia..kalo kat timur tengah dah lama jadi abu!!!
Mudahnya mereka mempersendakan Islam...duduk menumpang......lagi mau jadi taiko.....
 
 
 
p/s: Sangat geram....kang cakap bukan2 kena tangkap plak...Lu kalo tak suka islam boleh berambus dari Negara Islam!!!
 


Ramai Yang Menjadi " Anak Haram "


YANG HARAM TETAP HARAM !!!
 
 
Pertandingan ratu cantik sudah difatwakan haram pada 1996, tetapi kejahilan sesetengah umat islam seakan acuh tak acuh dengan hal nie...
 
 
                                                  gambar hiasan
 
sebab utama kenapa iana haram adalah kerana menayangkan tubuh badan tak kiralah pakai baju kebaya ker atau baju sukan.Ini dah tentulah memanipulasi wanita dan menjatuhkan martabat sedangkan kita patut memilihara.Mungkin di bali hanya memakai baju sukan tetapi di peringkat antarabangsa mereka perlu memakai bikini .Adakah dengan pakai bikini dianggap sudah cantik ?
 
                                                           gambar hiasan
 
lagi satu, majlis fatwa jangan berat sebelah plak tentang tayang badan terhadap wanita, sukan bina badan pun patut diharamkan sebab menayangkan tubuh badan. Mereka wajib berseluar dalam bagi lelaki dan seluar dalan dan coli bagi wanita.Bukankah ini juga patut diharamkan.
 
Antara sukan yang patut diharamkan:
 
- renang
-gimnastik
-akuatik berirama
- banyak lagi kalau nak disebut...............
 
dan seperkara lagi , sepatutnya mufti mewartakan haram bagi laki dan perempuan berpakaian seksi atau menjolok mata  atau tidak menutup aurat ( biasenya tak pakai tudung )di tempat-tempat awam sebagaimana dilakukan oleh pihak syariah Aceh.Kenapa kita tak mampu laksanakan...jangan sampai orang kata undang-undang islam Malaysia suam-suam kuku dan tenggelam timbul sehinggakan ramai yang boleh permainkan hokum Allah.Jangan letakkan islam hanya pada perlembagaan semata-mata.Kita boleh lihat mereka menayangkan badan di mana-mana sehinggakan di bulan Ramadhan pun mereka tak hormat...nak pandang depan tertonjol..pandang belakang terbuka..pandng bawah terbuka..pandang atas tersingkap....tapi bila dipandang -pandang , tau plak mau marah..timbullah pulak kes gangguan seksual..
 
 
p/s: kejahilan mereka hanya mengatakan haram kepada anjing dan babi saje...
 
cc: eric guys & google images
 
 
 
 
 


Sunday 7 July 2013

Guling Kuasa Tidak Sah Syarak

Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.
Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.
“Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya.
“Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak,” katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).



 
Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya.
Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.
Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.
“Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.
“Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan,” katanya.
 
P/S : YANG MENGGULINGKAN NIE SEBENARNYA TAK MEMAHAMI AYAT-AYAT ALQURAN SEDANGKAN MEREKA ORANG ARAB  SEPATUTNYA YANG LEBIH PENGERTIAN AYAT-AYAT ALQURAN TETAPI  KERANA  MEREKA SUKA MENJADI ARAB  ZAMAN JAHILIAH  DALAM MEMENUHI NAFSU SERAKAH TANGAN-TANGAN GHAIB!!!
 
kredit: HDB, muslim4life.

Mesir Ditangan Ghaib !!!

 
 
Apa yang berlaku di Mesir amatlah mendukacitakan bukan saja penyokong  Morsi tetapi umat islam di seluruh dunia. Ini kerana bukan sahaja tertutupnya syiar islam di Mesir tetapi kelangsungan hidup rakyat Palestin terus ditutup dan dinafikan dengan tertutupnya pintu sempadan Rafah di atas penggulingan kuasa beliau.
 
 
 
General yang dilantik telah mengkhianati dan berpaling tadah dan melakukan penggulingan kuasa secara tidak sah kerana Morsi dipilih melalui demokrasi.Mereka mengatakan Morsi kononnya menyalahgunakan kuasa dan gagal dalam pentadbirannya sedangkan Morsi baru saja setahun menjadi presiden Mesir, apakah cukup tempoh itu untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan Hosni Mubarak selama 30 tahun  memerintah dalam kegelapan dengan menyeksa rakyat secara kuku besi ?.Sebenarnya ada tangan-tangan ghaib yang tidak senang dengan kehadiran beliau sebagai Presiden mesir:
 
Ini kerana Morsi :
 
1. seorang yang ingin menegakkan syiar islam.
2. seorang hafiz al-quran.
3. tindakan menyokong Palestin.
4. tidak bergantung ekonomi dari pihak barat terutamanya Amerika.
 
Amerika kononnya pendokong demokrasi tapi mengikut acuannya. Morsi yang dipilih secara sah tetapi pentadbirannya tidak mengikut hawa nafsu Amerika dan Israel, jelas amat tidak disenangi.Sebenarnya demokrasi ini telah pun mati dengan sendirinya yang tidak mencerminkan keputusan majorit rakyat yang memilih Morsi.Golongan yang mengkhianati Morsi seperti  Jeneral  Abdel Fattah Al -Sisi  cukup jelas untuk memenuhi nafsu tangan-tangan ghaib.
 
 
Jeneral ini menyekat apa jua saluran media antaranya .
 
1.Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di  medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
 
Sememangnya beliau lebih kelihatan PRO ZIONIS!!!!
 
kini tangan-tangan ghaib mampu menarik nafas kembali dan tersenyum gembira kerana Mesir kini bakal diterajui oleh orang arab yang Pro Zionis dan Amerika.
 
antaranya:
 
1. Adly Mansour - Presiden sementara Mesir.
2. Ahmed Farid  -  Menteri Risikan.
3.Mohamed Raffat Sheeta - Penasihat Keselamatan Negara.
 
Semakin jelas, tangan-tangan ghaib ini mahu mesir menjadikan mereka sebagai pemerintah boneka   sebagaimana presiden terdahulu seperti Anuar Saddat dan Hosni Mubarak yang boleh menguntungkan Amerika dan Israel.Siapakah tangan-tangan ghaib itu??? tidak lain tidak bukan mereka adalah Fremason dan Illuminati!!!
 
Kini nasib Mursi belum diketahui dan apakah kedudukannya. Mesir terus bergolak dengan askar melepaskan tembakan  terhadap penyokong Mursi bukan saja semasa himpunan tetapi paling jahat ketika bersembahyang .
 
 
P/S: SETAKAT INI BELUM MALAYSIA BELUM MENGELUARKAN PENDIRIAN RASMI MENGECAM PENGGULINGAN KERAJAAN MORSI SECARA TAK SAH.KENAPA????????