Sunday 7 July 2013

Mesir Ditangan Ghaib !!!

 
 
Apa yang berlaku di Mesir amatlah mendukacitakan bukan saja penyokong  Morsi tetapi umat islam di seluruh dunia. Ini kerana bukan sahaja tertutupnya syiar islam di Mesir tetapi kelangsungan hidup rakyat Palestin terus ditutup dan dinafikan dengan tertutupnya pintu sempadan Rafah di atas penggulingan kuasa beliau.
 
 
 
General yang dilantik telah mengkhianati dan berpaling tadah dan melakukan penggulingan kuasa secara tidak sah kerana Morsi dipilih melalui demokrasi.Mereka mengatakan Morsi kononnya menyalahgunakan kuasa dan gagal dalam pentadbirannya sedangkan Morsi baru saja setahun menjadi presiden Mesir, apakah cukup tempoh itu untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan Hosni Mubarak selama 30 tahun  memerintah dalam kegelapan dengan menyeksa rakyat secara kuku besi ?.Sebenarnya ada tangan-tangan ghaib yang tidak senang dengan kehadiran beliau sebagai Presiden mesir:
 
Ini kerana Morsi :
 
1. seorang yang ingin menegakkan syiar islam.
2. seorang hafiz al-quran.
3. tindakan menyokong Palestin.
4. tidak bergantung ekonomi dari pihak barat terutamanya Amerika.
 
Amerika kononnya pendokong demokrasi tapi mengikut acuannya. Morsi yang dipilih secara sah tetapi pentadbirannya tidak mengikut hawa nafsu Amerika dan Israel, jelas amat tidak disenangi.Sebenarnya demokrasi ini telah pun mati dengan sendirinya yang tidak mencerminkan keputusan majorit rakyat yang memilih Morsi.Golongan yang mengkhianati Morsi seperti  Jeneral  Abdel Fattah Al -Sisi  cukup jelas untuk memenuhi nafsu tangan-tangan ghaib.
 
 
Jeneral ini menyekat apa jua saluran media antaranya .
 
1.Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di  medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
 
Sememangnya beliau lebih kelihatan PRO ZIONIS!!!!
 
kini tangan-tangan ghaib mampu menarik nafas kembali dan tersenyum gembira kerana Mesir kini bakal diterajui oleh orang arab yang Pro Zionis dan Amerika.
 
antaranya:
 
1. Adly Mansour - Presiden sementara Mesir.
2. Ahmed Farid  -  Menteri Risikan.
3.Mohamed Raffat Sheeta - Penasihat Keselamatan Negara.
 
Semakin jelas, tangan-tangan ghaib ini mahu mesir menjadikan mereka sebagai pemerintah boneka   sebagaimana presiden terdahulu seperti Anuar Saddat dan Hosni Mubarak yang boleh menguntungkan Amerika dan Israel.Siapakah tangan-tangan ghaib itu??? tidak lain tidak bukan mereka adalah Fremason dan Illuminati!!!
 
Kini nasib Mursi belum diketahui dan apakah kedudukannya. Mesir terus bergolak dengan askar melepaskan tembakan  terhadap penyokong Mursi bukan saja semasa himpunan tetapi paling jahat ketika bersembahyang .
 
 
P/S: SETAKAT INI BELUM MALAYSIA BELUM MENGELUARKAN PENDIRIAN RASMI MENGECAM PENGGULINGAN KERAJAAN MORSI SECARA TAK SAH.KENAPA????????

No comments:

Post a Comment