Friday 14 September 2012

Sam Bacile memfitnah Nabi Bakal Menempah Maut


Kita telah dikejutkan dengan filem yang menghina Nabi Muhammad dengan menggambarkan Baginda sebagai kaki seks, pembunuh , perampas dan sebagainya  yang amat bertentangan dengan sifat peribadi mulia Baginda. Filem  berjudul " Innocence of Muslim " ini diarahkan oleh pengarah anti-islam bernama Sam Bacile yang dipercayai telah bersembunyi kerana takut dibunuh.


 
Filem Menempah Maut oleh Sam Bacile




 
 
Ini mengundang kemarahan umat islam diseluruh dunia dan natijahnya telah mengakibatkan duta Amerika telah mati terbunuh.  Rasanya bukan kali pertama umat islam dikejutkan dengan filem berunsur fitnah terhadap Nabi Muhammad dan Agama Islam, tetapi pihak yang tak bertanggungjawab secara sedar mencari jalan untuk menghancurkan dan memporak- perandakan agama islam.Namun sebenarnya Islam tak terkesan dengan tipu daya serta helah yang dirancang dengan begitu teliti secara sengaja mahu membangkitkan kemarahan umat Islam. Ini adalah sebahagian ujian kepada umat islam dengan diuji keimanan dan ketakwaan tentang apa yang berlaku.Sesungguhnya Allah  tetap bersama Islam hingga Kiamat.Mereka yamg memfitnah ini tidak akan dapat lari ke mana-mana  kerana Allah pasti akan membalasnya.Semoga kita sentiasa bersatu dengan tenang menentang Kafir-kafir yang ingin menghancurkan Agama Allah.

No comments:

Post a Comment