Sunday 16 September 2012

Alan Roberts Dalang Innocence of Muslim ?


antara filem-filem lucah arahan Alan Roberts
Alan Roberts, lelaki yang mengarahkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan kemarahan di 20 negara termasuk di Malaysia, merupakan individu yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) bagi kerja-kerja menghasilkan filem kos rendah dan filem-filem lucah 'ringan' pada tahun 1970-an dan 1980-an.
Laporan New York Daily News, memetik portal gawker.com menyebut bahawa filem Innocence of Muslims, yang awalnya menggunakan nama Desert Warrior, menyenaraikan Roberts sebagai pengarahnya.
Menurut IMDB, Roberts, 65, yang tinggal di Santa Monica, California, pernah mengarahkan filem-filem berjudul The Happy Hooker Goes to Hollywood dan The Sexpert.
Laporan itu juga menyebut bahawa Roberts dibawa oleh seorang penerbit bernama Sam Bacile, yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakuola.
Nakoula kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan. Nakoula, yang menggunakan sekurang-kurangnya 10 nama, kini menjalani hukuman pemantauan selama lima atas kesalahan menipu bank pada 2009.
Gawker melaporkan pihaknya ada bercakap dengan barisan pelakon dan anggota krew serta kawan-kawannya yang mengesahkan Roberts, yang pernah mengarahkan Young Lady Chatterley, sebenarnya bertindak sebagai pengarah filem yang dinamakan semula sebagai Innocence of Muslims.
"Saya pasti dia Alan Roberts yang sama, saya masih ingat dia ada bercakap mengenai projek ini," kata penerbit filem, David A Prior kepada Gawker.
Menurut laporan itu, Nakoula dipercayai individu utama menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad. Filem itu ditayangkan di beberapa pawagam kecil di AS sejak tiga bulan lalu.
Treler 13 minit dimuat naik menerusi YouTube. Semalam, Malaysia mengumumkan bahawa akan meminta YouTube mengeluarkan treler filem itu dari pangkalan datanya.
Pelakon-pelakon filem mendakwa jalan cerita telah diubah selepas filem itu dihasilkan.
Bagaimanapun laporan Gawker tidak pasti bagaimana Roberts menyertai pasukan yang menghasilkan filem ini atau sama ada dia kenal "Bacile" sebelum penggambaran dijalankan di luar Los Angeles pada tahun lalu.
Laporan Gawker berkata, Roberts telah mematikan telefon sebaik sahaja protes tercetus sejak awal minggu lalu.
Los Angeles Times juga melaporkan bahawa Roberts kemungkinan menggunakan nama Robert Alan Brownell, lelaki berusia 65 tahun, dari Canyon Lake, Riverside County.”
sumber: sinar harian

No comments:

Post a Comment