Friday 8 June 2012

SUKA DUKA PTPTN

mana yang hebat?

Setelah perdebatan hangat antara Pengarah Strategi PKR , Rafizi dan Ketua Pemuda UMNO , Khairy jamilludin, isu PTPTN terus hangat diperkatakan hingga menyelusup ke segenap lapisan masyarakat terutamanya kaum Melayu.Apa yang dapat disaksikan , Wakil PKR itu mempunyai isu yang amat penting dan mempunyai perdebatan yang mantap berbanding dengan Kairy jamaludin yang cuba mengelak soalan-soalan yang diajukan.

Kini cerita menjadi lebih hangat apabila PTPTN tidak menyalurkan pinjaman kepada UNISEL yang terletak di negeri pembangkang.Ini berkemungkinan mahu mengajar pembangkang , bahawa bukan mudah mahu memberikan pendidikan percuma dengan jumlah dana yang mat besar.Namun Khairy jamiluddin   kurang bersetuju dengan tindakan PTPTN tidak memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL.Adakah KJ juga tahu keburukan dan kebaikan PTPTN ini? harap-harap beliau dapat memberi jawapan secara bijak dan memauskan hati semua.

hari ini, TPM mengatakan bahawa adil untuk PTPTN tidak memberi pinjaman kepada UNISEL.Apakah tindakan ini sesuai? kepada siapa PTPTN memberi pinjaman? kepada UNISEL atau pelajar-pelajar UNISEL?tindakan ini dilihat amat tidak popular dan seolah-olah memperjudikan masa depan pelajar itu sendiri.Kita perlu sedar pinjaman PTPTN adalah bagi membantu pelajar terutama dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menampung pembiayaan mereka semasa belajar.Jika ianya disekat, bagaimana mereka mahu meneruskan pengajian dan kehidupan yang serba tinggi pada masa ini.Dan yang paling utama , kebanyakan mereka terdiri daripada kaum melayu sendiri.Bukan semua pelajar UNISEL adalah penyokong pembangkang, tetapi seolah-olah menjadi mangsa keadaan daripada politik yang diadakan oleh kedua-dua pihak parti.Amatlah rugi dan tidak adil bagi pelajar-pelajar ini dilayan sebegitu rupa.Mengapa Pihak kerajaan dan pembangkang tidak mencari resolusi atau jalan menang-menang untuk menangani masalah yang dihadapi ini? kerajaan perlu membuat sesuatu secara bijak di mana boleh memenangi hati rakyat, sekaligus menawan Selangor semula.

PTPTN seharusnya diteruskan kerana ianya banyak membantu kaum Melayu itu sendiri, kerana tanpa PTPTN, memang sukar untuk melanjutkan pelajaran.Namun PTPTN tidak harus menjadi bank dengan mengenakan caj yang tidak berpatutan.Sepatutnya tiada caj dikenakan kerana niat adalah membantu, dan jika terus ingin mengenakan  juga, caj itu mestilah di bawah 0.5 % bagi mengelakkan beban bayaran semula oleh pelajar.para pelajar pula, mestilah membayar semula hutang PTPTN yang dipinjam kerana ianya bagi kesinambungan generasi akan datang untuk menggunakannya dan bagi umat islam membayar hutang itu adalah wajib walaupun sudah di alam barzakh.Semoga kita dapat membina negara yang harmonis dan maju.

No comments:

Post a Comment